Wednesday, October 15, 2014

Yazer Dan Ekin Bakal Berkahwin 28 Disember Ini?

Kali terakhir berita mengenai hubungan Yazer dan Ekin (kedua-duanya produk Akademi Fantasia) ialah pada Disember 2013. Ketika itu bukan berita naik ke jinjang pelamin yang dibawakan, sebaliknya berita berakhirnya percintaan selama 8 tahun pasangan ini. Selepas itu kedua-duanya kembali menyepi. Tup-tup kini desas-desus bertebaran yang mereka berdua bakal berkahwin pada 28 Disember ini.
yaze
Kemungkinan besar berita ini adalah benar. Adakah hubungan cinta yang terputus satu ketika dahulu kembali terjalin? Kalau benar baguslah. Mungkin selepas putus pada tahun 2013 barulah Yazer dan Ekin menyedari yang mereka memerlukan antara satu sama laiin. Kadang-kadang untuk menghargai seseorang kita perlu kehilangan orang itu terlebih dahulu. Amboi ayat Abang Nara power gitu!!!
yazer dan eki kahwin
Kalau benarlah berita ini, jutaan tahniah. Selamat pengantin baru. Semoga segala persiapan untuk perkahwinan anda berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan.