BAHANA FILEM LUC@H, ISTERI JADI BAHAN EKSPERIMEN
12:17 PM
Jarang sekali Gen Y menyentuh topik berkaitan hal rumah tangga, namun rasanya tak salah untuk dikongsi masalah berkaitan penderaan sek sual kerana mengikut peratusan terbaru yang dikeluarkan, kebanyakan mangsa yang terbabit adalah kalangan anak gadis. Kahwin awal, tidak matang dan kurang didikan agama adalah punca utama. MURSHID EUNOS berkongsi realiti yang berlaku serta penyelesaiannya.
Penderaan emosi dan fizikal sama berat kesannya. Lebih teruk kesan daripada penderaan sek sual yang berlaku. Tak kira sama ada dalam institusi keluarga antara suami isteri mahupun pasangan bercinta. Namun realitinya ia berlaku dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan muda.
Memang isu keganasan rumah tangga dalam kalangan wanita bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat kita, namun masalah hari ini ia berlaku lebih kepada golongan anak muda. Pasangan remaja yang berkahwin awal lebih cenderung hilang sabar hingga melarat ke kamar tidur.
Malah gejala sosial yang makin kronik dalam kalangan remaja dengan tinggal sebumbung sebelum nikah dan mengamalkan se ks bebas banyak direkodkan terbabit dalam kemelut ini. Gadis atau golongan wanita ini akan menjadi takut apabila diugut untuk ditinggalkan selepas menyerahkan kehormatan diri.
Ketakutan dan rasa tidak mahu diabaikan itu hingga mereka sanggup diperlakukan dengan kasar di kamar tidur. Ikutkan na fsu teman lelaki atau pasangan hingga mereka terjerat dalam kancah penderaan sek sual yang akhirnya terkesan pada fizikal dan emosi.
Zaman sekarang dengan terdedahnya perkembangan Internet dan pelbagai juadah santapan mata berbentuk lucah dan sek sual visualnya, ia menjurus kepada kelaziman mencederakan fizikal terhadap golongan wanita dan anak gadis atas eksperimen teman dan pasangan masing-masing.
Bunyinya macam tak logik namun itulah realitinya. Ada kes pernah direkodkan, namun selebihnya hanya menyimpan kemas dalam rahsia masing-masing kerana takut mendedahkannya kepada individu lain.
Apa yang mereka lakukan?
Keganasan sek sual didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan secara paksa daripada individu kepada individu yang lain ketika perhubungan intim. Ia boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu dalam konteks rumah tangga (pasangan suami isteri) dan di luar ikatan perkahwinan.
Dalam konteks golongan anak muda terutamanya gadis, kebanyakannya mereka menjadi mangsa penderaan sek sual seperti menjadi bahan eksperimen pasangan kekasih yang taasub terhadap filem lucah. Mereka cuba meniru aksi dalam filem lucah dan kemudiannya melakukannya ke atas teman wanita masing-masing.
Bukan sekadar ada sebahagian diikat dan dipukul, malah ada sebahagian besar anak gadis yang menjadi mangsa liwat oleh teman lelaki masing-masing. Nak ditolak, mereka takut kerana kebanyakan mereka begitu bodoh hingga teman lelaki sudah menyimpan video bogel masing-masing hingga membuatkan mereka takut jika ia disebarkan.
Golongan muda yang menghadapi masalah ini dengan suami dalam perkahwinan awal usia atau pasangan kekasih masing-masing, mereka menjadi pendiam dan menjauhkan diri daripada kawan-kawan kerana kononnya bimbang kisah menakutkan mereka itu ketahui umum dan kemudiannya dicanang satu dunia.
Lazimnya, memang mudah untuk membiarkan diri terperangkap dalam turun naiknya perhubungan membabitkan penderaan jiwa ini dan mangsa biasanya tidak nampak tanda bahawa pasangan mereka adalah pendera emosi. Kebanyakan pendera ini tahu bagaimana untuk mengimbangi serangan dan pujukan, lalu ini mengelirukan mangsa.
Ada banyak kes iaitu isteri atau wanita yang mengalami penderaan fizikal dan mental setiap hari oleh pasangannya nekad membuat laporan polis. Tapi apabila dipujuk rayu dan ditabur janji untuk berubah, wanita terbabit menarik semula laporan polis dan kembali hidup bersama pasangan mereka.
Biasanya wanita yang terlalu bergantung kepada suami seperti suri rumah berada dalam senarai utama mangsa penderaan fizikal dan mental yang akan kembali kepada pasangan kerana tidak tahu ke mana hendak dituju. Lalu, perkara sama berulang hingga tiada kesudahannya.
Bagi golongan gadis pula, mereka berada dalam ketakutan kerana diugut dalam bentuk masa depan dan nasib mereka selepas ditinggalkan kekasih. Kononnya si lelaki menakutkan mereka tidak mahu berkahwin atau melarikan diri. Gadis banyak menjadi mangsa kepada lelaki kejam seperti ini.
Tidak dinafikan, gadis ini sendiri yang merelakan diri mereka ditiduri hingga akhirnya menjerat mereka ke satu fasa yang jauh lebih serius hingga terpaksa berdiam diri apabila menjadi mangsa penderaan sek sual yang boleh dianggap keterlaluan.
Bayangkan, dalam Internet hari ini terlalu banyak bahan lucah dan elemen sek sual membabitkan gadis Melayu yang tersebar. Semuanya berpunca daripada kerelaan mereka diperlakukan sebegitu dan kemudian apabila ada permintaan si kekasih yang gagal dituruti, mereka mengugut untuk menyebarkannya.
Seriusnya, itulah yang berlaku
Permintaan si lelaki selalunya nak meminjam duit dan barangan. Kehendak mereka seperti kerap melakukan hubungan sek sual hingga membuatkan anak gadis menjadi takut dan beberapa kali cuba menolak permintaan mereka. Itu antara punca berlakunya penderaan secara sek sual.
Majoriti pendera tidak akan berubah walaupun mereka berjanji menjadi lelaki lebih baik. Sesekali pasti pendera ini melepaskan tekanan dan kemarahan mereka pada wanita dan ketika itu si mangsa dera semakin keliru dengan apa yang berlaku.
Lama-kelamaan emosi dan mental mangsa ini mula tidak stabil. Bagi mereka yang tidak cuba mendapatkan bantuan akhirnya melakukan sesuatu yang di luar jangkaan termasuk cubaan membunuh diri. Justeru, wanita yang berasa dirinya terbabit dalam perhubungan seperti ini perlu sedar beberapa petanda dan cuba menyoal diri bagi membolehkan mereka segera mendapatkan bantuan.
Wanita ataupun anak gadis perlu sentiasa tanyakan pada diri, adakah mereka sentiasa takut pada pasangan? Adakah mereka enggan meluahkan satu-satu topik kerana takut menimbulkan kemarahan pada pasangan? Adakah apa yang mereka lakukan semuanya tidak betul atau tidak menepati kehendak pasangan?
Adakah semua kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri? Patutkah diri dipukul atau dimarahi kerana mencetuskan kemarahan pasangan?
Jika salah satu atau semua soalan itu sama seperti apa yang dilalui wanita dan anak gadis dalam kehidupan seharian, segera dapatkan bantuan atau cari cara untuk keluar daripada masalah itu. Anak gadis atau mangsa perlu ingat yang mereka tidak sepatutnya didera atau dicederakan.
Apa yang dilakukan si pendera itu kebanyakannya tiada kaitan langsung dengan mangsa. Sudahlah mereka puas dengan perbuatan itu dan kesan hanya kamu saja yang tanggung, kemudian mereka dera pula secara sek sual. Adakah itu dikatakan cinta dan sayang mempedayakan kamu?
Jika golongan gadis yang berdepan masalah ini ingin mendapatkan bantuan dan enggan melakukannya secara terbuka, mereka terlebih dulu perlu mengambil inisiatif dengan mengakui yang mereka mengalami masalah penderaan dan menjadi mangsa.
Ia langkah penting dan ramai gadis tidak mengambil inisiatif ini. Ada yang datang ke sesi kaunseling, tapi selepas dipujuk pasangan, mereka terus menafikan menjadi mangsa dan enggan lagi menyertai kaunseling itu kerana berasakan tiada masalah perlu diselesaikan.
Selain itu, mangsa dera perlu membuat dokumentasi apa yang berlaku padanya. Contohnya mencatat tarikh, masa dan lokasi berlakunya penderaan serta tindakan yang dilakukan pendera. Ramai anak gadis tidak mencatat apa yang berlaku dan itu menyukarkan mereka apabila ingin mendapatkan bantuan.
Jika kamu didera secara sek sual, kamu masih ada alternatif untuk menyelamatkan diri dengan mendapatkan bantuan ataupun sokongan daripada orang dipercayai seperti ahli keluarga ataupun teman baik. Keduanya, kamu boleh mendapatkan bantuan di hospital dengan mengunjungi One Stop Crisis Centre (OSCC).
Hanya di pusat OSCC, pihak hospital mengambil pendekatan sewajarnya dengan menyediakan sebuah bilik khas agar mangsa boleh duduk setempat tanpa perlu bergerak ke bilik rawatan lain untuk bertemu doktor. Sebaliknya, doktor yang terbabit dalam kes ini akan berjumpa dan merawat mangsa. Malah, pihak hospital juga dapat membantu mangsa membuat laporan polis.
Strategi untuk mencegah masalah ini termasuk pada peringkat awal dengan syarat mangsa keganasan sek sual perlu ada kesedaran mengenai hubungan normal dalam rumah tangga atau percintaan itu. Hubungan intim harmoni tidak perlu diselitkan dengan adegan keganasan.
Jika ia berlaku, kamu perlu mencari punca mengapa keganasan itu dilakukan oleh suami atau kekasih kamu itu? Misalnya, mungkin mereka jenis panas baran ataupun menghisap dadah. Apabila punca dikenal pasti, maka cara untuk menyelesaikannya akan jadi lebih mudah. Sebagai langkah pertama, cuba atasi masalah ini sendiri.
0 comments:
Post a Comment